Thursday, 15 November 2012

Chocolate Cheese Cake


  • **utk lapis coklat**
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 125g butter
  • 2 biji telur (grade c~berat utk 2 biji sekitar 80~95gram)
  • 1/2 cwn serbuk coklat/koko (van houten) + 1/2 cwn air panas (bagi larut)
  • 3/4 cwn susu coklat
  • 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sd teh soda bikarbonat + 1 sd teh serbuk penaik (ayak bersama)
  • 1 sd teh esen vanilla

  •  utk lapis cheese pula            
  • 375 g cream cheese
  • 100 g gula halus
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 biji telur (grade C juga ye)
  • 50ml air biasa

  • Cara-cara

    1. Memula kena buat lapisan yg coklat dulu k... Mcm biasa la kan.... Pukul butter dgn gula sampai gula larut dan kembang. Pastu masukkan telur sebiji demi sebiji. pastu masukkan pula campuran coklat (yg dah siap2 bancuh dgn air panas tu). Lepas tu masuk pula susu coklat. Lepas tu boleh la masukkan pula campuran tepung+soda bikarbonat+serbuk penaik dan esen. gaul rata.               
    2. Sediakan loyang yang bersaiz 8 inci x 8 inci yg berbentuk segi empat tepat.              
    3. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius selama 5 minit. Bakar pula adunan kek coklat tu selama 12 hingga 15 minit.                
       
    4. Sementara menunggu kek coklat tu... Kite pukul cream cheese dgn gula sampai kembang. lepas tu masukkan telur dan pukul lagi. Pastu masuk pula tepung dan gaul rata. Last sekali masukkan air.              
    5. Bila adunan kek coklat dah siap 15 minit, masukkan pula adunan cheese tadi ke atasnya. Bakar dengan cara marine bath. Letak dulang bawah dia dgn air. Jgn lupa tutup loyang kek dgn aluminium foil sebab nak bagi permukaan kek yg cantik. Bakar pula selama 40 minit.
    6. Bila dah siap bakar, biarkan aje kek sejuk sendiri dalam oven... Pastu simpan pula dalam freezer .....